Sunday, September 1, 2019

LIKE, SHARE & SUBSCRIBE LAMAN PERKONGSIAN MEDIA SOSIAL SKUAD PATROL DENGGI SMK TPB

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

PATROL DENGGI SMK TPB mewakili Program DENGUE PATROL SEKOLAH MENENGAH di peringkat kebangsaan untuk Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2019. Dengue Patrol adalah satu program untuk mewujudkan kesedaran tentang bahaya denggi dan kami mengajak anda semua untuk turut serta memberi sokongan kepada kami.

🌷Sudilah kiranya YAB/YB/Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan/ Encik/Cik/Saudara/Saudari untuk sama-sama menyokong segala program Patrol Denggi SMK TPB yang telah dan akan dijalankan kelak.

DOAKAN KEJAYAAN KAMI DAN SOKONGAN ANDA SANGAT KAMI HARGAI ...
πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

✅ Sokong kami juga dengan cara LIKE, FOLLOW, COMMENT, SHARE dan SUBSCRIBE melalui channel2 di bawah.

➡️ FACEBOOK Patrol Denggi SMK TPB:
https://www.facebook.com/Patrol-Denggi-SMK-Taman-Perumahan-Bedaun-755382421522289/?modal=admin_todo_tour

➡️ INSTAGRAM @denguepatrolsmktpb:
https://www.instagram.com/denguepatrolsmktpb/?r=nametag

➡️ TWITTER Patrol Denggi SMK TPB:
https://twitter.com/SMKTPBedaun?s=08

➡️ YOUTUBE Patrol Denggi SMK TPB:
https://www.youtube.com/watch?v=c5najXUldBM

➡️ TELEGRAM CHANNEL patroldenggiSMKTPB:
https://t.me/PatrolDenggiSMKTPB

➡️ BLOG PATROL DENGGI SMK TPB:
https://patroldenggismktpb.blogspot.com/

➡️ MENYERTAI KUIZ PATROL DENGGI:
http://www.denguepatrol.com.my/

Klik pada MENU "KUIZ" dan isi maklumat dengan menggunakan kod sekolah SMK TPB iaitu WEA1003 atau nama sekolah SMK Taman Perumahan Bedaun. Anda boleh menjawab seberapa banyak kali yang boleh kerana setiap kali penyertaan akan dikira sebagai penyertaan dari SMK Taman Perumahan Bedaun.

#patroldenggismktpb
#misigempurdenggi
#smktpbcegahdenggi
#noaedesnodengue
#hidupsihattanpadenggi


Kami dari SKUAD PATROL DENGGI SMK TPB mengucapkan jutaan TERIMA KASIH atas sokongan anda semua.
TERIMA KASIH...
THANK YOU...
JAZAKALLAHU KHAIRAN...
XIE XIE...
NANDRE...
ARIGATOU GOZAIMASU...
KAMSA HAMNIDA...

❤️❤️❤️❤️❤️
LUKISAN POSTER BERTEMAKAN HAPU AEDES CEGAH DENGGI HASIL KARYA MURID SMK TPB









 
SKUAD PATROL DENGGI BERSAMA LABUAN FM




Karnival Cegah Denggi SMKTPB tarik ramai pengunjung

 Rozman yang diiringi Jijah (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian Karnival Denggi SMKTPB 2019.
RASMI: Rozman yang diiringi Jijah (dua kiri) menyempurnakan gimik perasmian Karnival Denggi SMKTPB 2019.
LABUAN: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perumahan Bedaun (SMKTPB) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labun telah mengadakan Karnival Cegah Denggi secara terbuka kepada masyarakat setempat di pekarangan sekolah itu.
Tujuan karnival adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan bahaya nyamuk Aedes dan cara-cara pencegahan denggi dalam kehidupan seharian.

Karnival itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menganjurkan program kesedaran mengenai bahaya penyakit denggi kepada masyarakat umum.
Katanya, karnival yang dianjurkan pasti akan memberi manfaat besar kepada warga Labuan dalam mengurangkan kes-kes demam denggi dari semasa ke semasa melalui proses pencegahan yang bermula dari kawasan rumah masing-masing.

Sementara itu, Pengetua SMKTPB Jijah Mohamad Suhai berkata sepanjang karnival itu diadakan, pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk disertai oleh orang ramai.
Antaranya, pertandingan mewarna poster peringkat sekolah rendah, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, senamrobik dan demonstrasi alat fogging.
Selain itu, Persatuan COMBI Taman Mutiara juga turut serta dalam karnival itu dengan mengadakan sudut pameran berkaitan bahaya Aedes dan penyakit denggi untuk maklumat kepada para pengunjung.

SMKTPB akan mewakili Labuan sebagai peserta dalam 'Program Cegah Denggi Peringkat Kebangsaan' yang akan berlangung pada September depan.

Pihak sekolah berharap agar penganjuran karnival itu akan dapat membantu pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan untuk mengurangkan kes demam denggi di sini kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Bahagian Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Labuan Dr Mohamad Zaki, wakil Jabatan Pendidikan Labuan Mohamad Pindut, Penolong Kanan Pentadbiran Roslan Manan, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Chai Yee San dan Naib YDP PIBG Sapiah Omar.

https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/29/karnival-cegah-denggi-smktpb-tarik-ramai-pengunjung

Sunday, July 28, 2019

JEPUN VS AEDES

Sokongan pelawat dari Negara Jepun untuk Patrol Denggi SMK TPB dalam menjayakan Program Hapus Aedes Cegah Denggi

Senarai pelawat:
1) Mr Takahashi Tony - Director of Non-Profit Organization, Save the Asian Monuments, Japan
2) Ms Iyama Tomomi - Director of Non-Profit Organization, Save the Asian Monuments, Japan
3) Mr Kojima Takuya - Footbal Coach
4) Mr Daichi Baba - Administrative Staff of The Ikubunkan High School in Tokyo Japan


Arigatou Gozaimasu....πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„
26 Julai 2019



KUPU VS AEDES

Sokongan Program Patrol Denggi SMKTPB oleh Rombongan Pendidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama (KUPU) Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

 Jom Musnahkan Aedes....

 Terima kasih atas sokongan anda....

AEDES GERGASI...

Hasil replika nyamuk Aedes dengan bantuan PIBG untuk menarik perhatian warga sekolah, PIBG dan pengunjung ke sekolah tentang perlu adanya kesedaran tentang nyamuk Aedes dan penyakit Denggi.

Replika Nyamuk Aedes

Thursday, July 11, 2019

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Untuk makluman semua, SMK Taman Perumahan Bedaun telah terpilih untuk menyertai  Pertandingan Patrol Denggi peringkat negeri 2019.  Antara kriteria penilaian pertandingan adalah melalui jumlah penyertaan dalam kuiz web portal Patrol Denggi atas nama sekolah.

Sehubungan dgn itu, pihak sekolah memohon penyertaan semua pihak termasuk guru, murid, ibu bapa, rakan-rakan, saudara mara dan semua lapisan komuniti menjawab soalan kuiz pada link berikut

https://www.denguepatrol.com.my/

Langkah-langkahnya seperti berikut:-

1) Klik pada "Kuiz" pada bahagian menu di bahagian atas laman web berkenaan.

2) Anda boleh menjawab kuiz ini berulang-kali dengan menggunakan kod sekolah iaitu:
WEA1003 atau nama sekolah SMK Taman Perumahan Bedaun.

3) Anda perlu menjawab 9 soalan mudah berkaitan maklumat nyamuk Aedes dan Demam Denggi dan menekan butang 'Submit' untuk menghantar penyertaan anda.

Kerjasama anda semua dalam menjayakan penyertaan SMK TPB dalam pertandingan Patrol Denggi 2019 kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Admin

Info Program

Program "Dengue Patrol 2019", bersedia untuk meluaskan lagi capaiannya ke seluruh negara, iaitu ke semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2019 ini untuk membanteras wabak denggi yang masih berleluasa.
Mari kita sama-sama bersatu dalam Misi Gempur Denggi untuk menyelamatkan keluarga dan masyarakat kita dari wabak ini.

Lawati laman Dengue Patrol 2019 untuk maklumat lanjut:

LIKE, SHARE & SUBSCRIBE LAMAN PERKONGSIAN MEDIA SOSIAL SKUAD PATROL DENGGI SMK TPB ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA... PATROL D...